Pelancongan Kesan ekonomi pandemik COVID-19 di Malaysia

Malaysia selaku destinasi utama bagi pelancong dari China, mengalami penurunan mendadak kedatangan pelancong dari negara itu akibat wabak dengan industri pelanconganpaling banyak terkesan dengan kerugian RM3.37 bilion setakat Mac 2020.[37][38] Negeri-negeri Malaysia yang bergantung pada sektor pelancongan dan menjadi tumpuan pengunjung China seperti Johor,[39] Melaka,[40] Pulau Pinang,[41] dan Sabah[42] adalah antara negeri-negeri yang paling teruk terjejas dengan tempahan hotel dan gerai makanan melaporkan kerugian besar dalam perniagaan.[43][44] Hal ini memaksa negara-negara untuk mengalihkan tumpuan mereka ke pasaran dari Asia Tenggara berikutan penurunan pelancong China.[45][46] Di sebalik kerugian besar yang ditanggung oleh perniagaan pelancongan, sejumlah orang Malaysia telah menyuarakan kebimangan terhadap penyebaran virus dan mendesak larangan pelancong dari China ke negara itu dengan sekitar 149,000 orang yang menyokong panggilan tersebut.[47][48]

Pada 26 Jun, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa sektor dan industri di bawah kelolaan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan seperti mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, pameran perjalanan dan perdagangan, spa, pusat kesihatan dan refleksologi akan dibenarkan dibuka mulai 1 Julai. Namun, perniagaan pelancongan diharuskan mematuhi langkah-langkah jarak sosial, membatasi jumlah orang hingga 200-250 orang, memeriksa suhu pelanggan, memakai topeng muka, dan menyediakan pembersih tangan. Walaupun pusat-pusat refleksologi yang disediakan oleh orang buta dibenarkan untuk dibuka semula, hanya rakyat Malaysia yang dapat bekerja di pusat-pusat spa, kesihatan, dan refleksologi.[49]

Pada 27 Jun, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri menganggarkan bahawa sektor pelancongan dan budaya telah kerugian RM45 bilion akibat wabak COVID-19. Sebagai tindak balas, Pemerintah memperkenalkan Dana Khas Pelancongan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana yang terjejas oleh COVID-19.[50]

Rujukan

WikiPedia: Kesan ekonomi pandemik COVID-19 di Malaysia http://www.dailyexpress.com.my/news/147560/hotel-r... https://www.chinadaily.com.cn/a/201902/28/WS5c7755... https://www.aljazeera.com/news/2020/04/trump-resum... https://www.asiaone.com/malaysia/struggle-meet-dem... https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-04-08... https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-02-11... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/coronavi... https://www.cnbc.com/2020/02/26/malaysia-ringgit-m... https://elevenmyanmar.com/news/sabah-tourism-playe... https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure...